Selasa, 31 Mei 2016

PESTA KUBIS DI KUNDASANG

PESTA KUBIS DI KUNDASANG
OLEH : ILI SAZWANI YAHAYA

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Antara pekan kecil yang terdapat di sekitar Kundasang ialah Pekan Kundasang, Lembah Permai, Cinta Mata, Kauluan, Masilou, Menteki, Desa Aman, Bundu Tuhan dan lain-lain. 
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun,Sungai, Bajau, Melayu, dan Cina.

Gambar di atas menunjukkan pemandangan dan suasana Pekan Kundasang yang nyaman dan kaya dengan tanaman sayur-sayuran segar. 

Oleh hal yang demikian, pesta tahunan iaitu Pesta Kubis yang julung-julung kali diadakan ini sangat meriah hinggakan Pekan Kundasang kehabisan tempat letak kereta. kesesakannya  penuh sehingga ada pengunjung yang terpaksa memusing 2-3 kali mencari tempat letak kereta. Pesta ini sesuai dengan namanya adalah untuk mempromosikan pekan Kundasang yang terkenal dengan sayur-sayurannya terutamanya kubis.
Pelbagai jenis sayuran segar dijual di kaki bukit Kundasang dengan harga yang murah.

Selain daripada gerai-gerai menjual sayur, terdapat juga gerai-gerai jualan yang lain. Dari insuran hingga lah bebola ayam. Tidak dilupakan gerai-gerai badan kerajaan yang mebuat aktiviti untuk para pengunjung.  Pesta diserikan dengan persembahan-persembahan kebudayaan disiang hari. 

Kemeriahan Pesta Kubis yang diadakan setiap tahun di Kundasang menjadi tarikan pelancong asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan