Rabu, 1 Jun 2016

SUKAN DAN REKREASI


Sukan merupakan segala aktiviti atau kegiatan yang memerlukan
ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak,
berenang, tenis, lumba lari, badminton dan sebagainya. Sukan dilakukan
sebagai acara hiburan iaitu sama ada untuk tujuan pertandingan mahupun
kegiatan untuk menyihatkan badan. Manakala senaman adalah merupakan
latihan gerak badan.
Rekreasi pula adalah suatu kegiatan yang menyeronokkan yang boleh
menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan kiran. Sebagai
contoh aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan
jungle tracking.

Kajian penglibatan belia dan masyarakat dalam sukan telah dilaksanakan
ke atas 3,545 orang yang berumur 15 tahun hingga 60 tahun ke atas
di seluruh Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa peratus
masyarakat dewasa Malaysia yang aktif melakukan aktiviti fizikal
dalam seminggu adalah rendah secara keseluruhan iaitu sebanyak
34%. Selain itu, hanya 22% masyarakat belia remaja aktif melakukan
aktiviti fizikal.

Antara lain, dapatan kajian mendapati motif utama golongan
remaja bersukan adalah kerana didorong oleh faktor penguasaan
kemahiran, sementara penduduk dewasa banyak didorong oleh motif
penguasaan kemahiran dan intelektual

Masa Bersukan di Kalangan Belia dan Masyarakat
Kategori Kategori Umur
Lelaki
(minit seminggu/
min)
Perempuan
(minit seminggu/
min)
Belia
15-18 tahun 283 155
19-22 tahun 235 115
23-27 tahun 184 104
28-33 tahun 171 119
34-40 tahun 168 128
Bukan Belia
41-45 tahun 175 123
46-60 tahun 162 109
60 tahun      103 77

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati daripada 1,821 responden lelaki,
sebanyak 29.9% berminat dengan sukan bola sepak, 15% berminat dalam sukan
badminton, sebanyak 5.2% berminat dengan aktiviti futsal dan sebanyak 4.8%
berminat dengan aktiviti joging.
Selain itu, golongan lelaki juga meminati sukan sepak takraw (3.9%), bola keranjang
(3.3%), ping pong 2%, renang 2%, ragbi 1.6%, bola tampar 1.5%, lain-lain aktiviti sukan
14.1% dan sebanyak 16.7% tidak menyatakan jenis aktiviti sukan yang diminati.

Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas aktiviti sukan yang paling diminati,
didapati daripada 1,724 responden perempuan, sebanyak 25.3% berminat dengan
sukan badminton, sebanyak 10.2% berminat dengan bola jaring, sebanyak 6.8%
berminat dengan aktiviti jogging, sebanyak 4.2% berminat dengan aktiviti renang.
Selain itu sebanyak 3.8% berminat dengan sukan bola tampar, sebanyak 2.9%
berminat dengan aktiviti senamrobik, 2.3% berminat dengan aktiviti futsal, sebanyak
2.2% berminat dengan aktiviti berbasikal, 2.1% berminat dengan bowling, 1.8%
berminat dengan olahraga dan 13% lain-lain aktiviti sukan. Manakala selebihnya
sebanyak 25.4% tidak menyatakan aktiviti sukan yang mana paling diminati.

Dapatan ini diperolehi melalui analisa yang dijalankan ke atas golongan
dewasa seramai 3,081 orang iaitu yang berumur 19 hingga 60 tahun
berhubung motif bersukan di kalangan masyarakat dewasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan