Rabu, 1 Jun 2016

HARI SUKAN NEGARA


Latar belakang
• YAB Perdana Menteri mengisytiharkan hari Sabtu pertama bulan November setiap tahun akan dianggap sebagai Hari Sukan Negara.
• Hari Sukan Negara pada asalnya telah ditetapkan pada 7 November 2015 tetapi kini telah dipinda atas isu banjir & musim hujan.
• Tarikh sambutan Hari Sukan Negara kini ditukar kepada setiap hari Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober (10 Oktober 2015), memandangkan tiada sebarang perayaan di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
• Hari Sukan Negara ialah agenda nasional untuk menuju wawasan 2020 dengan melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat dan dapat meningkatkan produktiviti rakyat.
• Peningkatan penyertaan daripada masyarakat untuk terlibat di dalam program dan aktiviti sukan pada Hari Sukan Negara.
• Hari Sukan Negara merupakan kemuncak kepada acara Fit Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara.
• Pelancaran Hari Sukan Negara telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015 yang lalu bertempat di Perkarangan Pusat Membeli Belah Pavilion bersempena dengan 200 hari ke arah Hari Sukan Negara.

2. Objektif
Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan (kerajaan) bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup mereka demi mencapai perkara yang berikut :
i. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
ii. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
iii. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
iv. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
v. Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

3. Sasaran
a) Sasaran jumlah penyertaan
 Sasaran penyertaan adalah seramai 3 juta orang
b) Sasaran penglibatan
i. Peringkat Kebangsaan
ii. Peringkat Negeri
iii. Peringkat Daerah
iv. Peringkat Parlimen
v. Peringkat JKKK / JKKK (P)
c) Kumpulan sasar
i. Keluarga dan kanak-kanak
ii. Wanita
iii. Orang kurang upaya
iv. Belia
v. Warga emas
d) Kawasan sasaran
i. Kampung
ii. Kawasan perumahan
iii. Institusi pendidikan
iv. Tempat kerja
v. Pusat kecergasan
vi. Pusat kesihatan

4. Rakan Kongsi
a) Kementerian-kementerian
b) Jabatan / agensi / badan berkanun kerajaan
c) GLC
d) Kerajaan negeri
e) Pihak Berkuasa Tempatan
f) Syarikat korporat / swasta

5. Pelaksanaan aktiviti
• Aktiviti adalah berlandaskan Prinsip 3M (mudah, murah dan menarik)
• Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah pertandingan, pertunjukan demo dan sesi mencuba.
• Aktiviti boleh dijalankan serentak di tempat yang sama atau di tempat yang berlainan.

6. Pengisian Program/Aktiviti
 Antara pengisian aktiviti di sepanjang sambutan Hari Sukan Negara adalah program Sukan, Rekreasi dan Kecergasan berbentuk pertandingan, pertunjukan dan riadah
 Maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Sekretariat Hari Sukan Negara di Peringkat Negeri dan juga boleh dilayari di laman sesawang harisukannegara.my

7. Aktiviti Sampingan
• Jualan murah barangan sukan dan produk kesihatan di pusat membeli-belah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tarikh 19 September sehingga 18 Oktober 2015 melibatkan peruncit seperti berikut:
i. Adidas
ii. Under Armour
iii. New balance
iv. Reebok
v. Asics
vi. Garmin
vii. World of Sport
viii. Explorer Outfitter
ix. Al-Ikhsan
x. United Fitness and Lifestyle

8.Kesimpulan
Sambutan Hari Sukan Negara ini di harap menjadi sebagai satu medium untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan mahupun program yang berkaitan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (Sporting Nation).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan