Rabu, 1 Jun 2016

KAYUHAN TONJOLKAN SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA

Semangat patriotik yangditonjolkan kira-kira 10,000 peserta dalam
program Kayuhan Patriotik @ Putrajaya bersama Perdana Menteri memberi gambaran bahawa rakyat
negara ini masih sayangkan keamanan dan menolak semua bentuk keganasan serta perbuatan yang boleh
menganggu gugat kestabilan negara.
Inisiatif yang dimulakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan disokong Perbadanan Putrajaya serta
pihak-pihak lain melaksanakan program kayuhan santai ini membolehkan pemimpin negara bersama-sama
rakyat beriadah sambil menikmati keindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang perlu diterokai
ramai.
Dua laluan disediakan bagi kayuhan ini iaitu sejauh 12.5 kilometer membabitkan orang kenamaan termasuk
Perdana Menteri , Timbalannya serta menteri-menteri kabinet dan 22 kilometer bagi mereka yang gemarkan
kepada cabaran.
Kayuhan yang mencatatkan rekod penyertaan yang paling ramai ini mula dirasai sejak awal pagi apabila
peserta sama secara individu mahupun berkumpulan bagi membuat pendaftaran. Hujan lebat yang turun
pada sebelah tengaharinya tidak menghalang peserta untuk terus berkumpul bagi memulakan kayuhan.
Pelepasan dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Suasana menjadi agak sesak
apabila peserta mula berbaris untuk melalui laluan di pinggir tasik Putrajaya mengeliling pulau yang
membentuk sebahagian Bandar Putrajaya ini. Keindahan panorama dengan keindahan tasik, bangunanbangunan
pejabat serta kawasan perumahan yang tersusun menghilangkan rasa penat peserta.
Perdana Menteri dan semua peserta berjaya menamatkan kayuhan yang berkahir di hadapan Istana
Kehakiman, Presint 3 di sini walaupun cuba menyembunyikan kepenatan dengan senyuman serta lamabaian
tanganya kepada mereka yang berada di garisan penamat itu.
Konsep “ Sihat dan Gergas” yang diterapkan melalui program ini bakal menjadikan sukan berbasikal sebagai
pilihan terbaik untuk beriadah kerana ianya murah, mudah dan boleh melibatkan semua peringkat usia.
Usaha Perbadanan Putrajaya menyediakan lalaluan basikal membolehkan peminat sukan berbasikal
tempatan dan sekitar menjadikan bandar “ Mesra Belia” ini sebagai destinasi pilihan utama untuk berkayuh sama ada sevara individu mahupun berkumpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan