oleh: Hani Najwa
Kelebihan
Teori Struktulisme
Kelebihan pendekatan
Strukuralisme yang dapat dikesan adalah ianya merupakan langkah pembukaan dasar
untuk teori-teori lain. Strukutalisme penting bagi perkembangan teori mutakhir
sastera (Umar Junus, 1985, 1988b). Sikap pascastrukturalis tidak akan wujud
tanpa strukturalisme, kata Harari (1979a: 30). Dikatanya juga, keragaman
pandangan strukturalisme dan sifatnya sebagai gerakan transformasi, telah
menempa padat cabang ilmu yang berkenaan atau dapat dihubuangkan dengan penyertaan
Robert Young (1981a: 1) tentang pascastrukturalisme yang dibicarakan
metod-metod dan asumsi-asumsi strukturalisme. Maka, sesuai dengan judul bab
satu Deconstruction: Theory and Practice
(Noritis,1982), “Roots: Structuralism and New Criticism”. Penyataan Selden
(1989:76) pula juga tercermin pada istillah post-strukturalisme, yang
kadang-kadang dikatakan latar strukturalisme. Ini juga dapat dilanjutkan dengan
tulisan Dieter Freundlieb (1989) dan Karl Kroeber (1984), atau dapat dihubungkan
dengan modenisme seperti disarankan oleh Ankersmit (1989) dan Mark Poster
(1989). Strukturalisme dapat dianggap titik pisah, memisahkan daripada teori
sesudahnya yang arahnya berlawanan. Titik mula, yang memungkinkan hadir teori
mutakhir. Mempersiapkan asas perkembangannya. Sebagai titik mula, terpisah
daripada formalisme. Hal inilah terbuktilah strukturalisme merupakan pembukaan
langkah kepada teori-teori baharu seperti pascastrukturalisme dan
dekonstruksionisme yang tidak lepas daripada teori strukturalisme.
Kajian sastera boleh dianalisis,
dibuktikan, dipastikan unsur-unsurnya dan boleh dipercayai. Teori
strukturalisme merupakan salah satu teori sastera yang teknik analsisnya secara
struktural. Teori ini melihat karya sastera sebagai sebuah struktur yang
bermakna otonom. Makna-makna itu wujud kerana berhubung dengan unsurnya. Secara
ringkasnya, bahasa yang digunakan dalam karya sastera tidak ada bezanya dengan
bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi sehari-hari. Perbezaan itu akan
kelihatan apabila dimasukkan fungsi dari sebuah strukturnya. Fungsi ini akan memberi
estetika tersendiri pada bahasa itu sehingga akan nampak bahawa bahasa itu
adalah bahasa karya sastera yang diciptakan. Dengan kata lain, yang membentuk
karya sastera itu adalah unsur yang berada di dalam karya sastra itu. Menurut
Wellek dan Warren (1990: 140 dalam Wahyuningtyas,
2011: 2) karya sastera merupakan sebuah struktur yang kompleks. Struktur yang
dimaksudkan ialah unsur-unsur di dalam teks yang saling berhubungan. Unsur
tersebut akan wujud menerusi idea seperti tema, persoalan, plot, latar, nilai dan
lain-lain. Yang jelas penilaian yang diberikan dilihat dari sejauh mana
kekuatan atau nilai karya sastera tersebut berdasarkan keharmonsan unsur-unsur
pembentuknya. Dalam unsur-unsur tersebut ada curahan emosi atau perasaan,
sehingga karya sastera itu nampak hidup. Oleh itu, unsur-unsur tersebut tidak
boleh berdiri sendiri kerana tidak akan ada makna. satu analisis sistematik
strukturalisme. Bentuk dan struktur susunan karya sastera lebih bernilai daripada
makna yang ingin disampaikan oleh sebuah teks.
Perkembangan teori Strukturalisme
membawa kajian sastera ke arah yang lebih abstrak. Ianya membebaskan orang
daripada terikat kaku kepada sistem. Orang bergerak dengan lebih bebas
berbanding bekerja dengan motif. Oleh kerana inti motif ialah tindakan, orang
hanya perlu menumpukan tindakan yang akan memudahkan kerja. Hal ini lain dengan
Mytheme yang tidak mempunyai ciri formal. Mytheme digariskan oleh Levi Strauss
yang membicarakan mytheme sama dengan phoneme, membezakan erti. Yang kita
dengar/ lihat ialah myth, yang
“terlihat”. Seorang pengkaji mesti mendapatkan mytheme yang dalamannya. Kejayaan seseorang yang menemukan mytheme sesuatu cerita bergantung kepada
kepintarannya, ditentukan oleh factor subjektif, sesuai dengan anggapan Raymond
Boudon tentang struktur yang kabur, dan keunggulan strukturalisme bukan
disebabkan metodnya (1971: 1) mytheme
yang ditemukan oleh seseorang pengkaji mungkin lain daripada yang ditemui oleh
pengkaji lain. Ini ditemui dalam kajian Levi Strauss. Namun, mungkin ada kesan
lain, malah mungkin bertentangan, kerana ada yang hanya meniru cara bekerja
Levi Strauss. Pencarian mytheme oleh Levi Strauss berbeza dengan formalisme
yang bergerak dengan konsep konkrit – watak, alur, motif, gaya - dan tugas
pengkaji hanya menemukannya dalam buku. Dengan begitu, cara kerja Levi Strauss
dengan strukturalisme hakikat kedua (Umar Junus, 1988b: 14-19), misalnya
Goldman.
Kelebihan teori
strukturalisme seterusnya yang dapat dikesan ialah membuka pelbagai interpretasi karya .
Kejayaan seorang menemukan tema dan persoalan sesebuah karya bergantung kepada
kebijaksanaanya. Namun, jika seseorang pengkaji mengajukan penemuan mytheme yang berlainan atau bertentangan
dengan pengkaji lain, ianya boleh diterima. Tetapi mytheme yang bertentangan perlu
hadir dengan argumentasi yang meyakinkan sehingga orang tidak mungkin
mengatakan mytheme itu tidak kukuh. Ini perlu diseratai dengan persoalan lain.
Kita tidak mungkin menyalahkan seseorang kerana mempunyai kesimpulan lain
dengan sesuatu cerita dan ini merupakan fenomena biasa dalam sejarah sastera. Reaksi
pembaca suatu masa tidak perlu sama dengan reaksi pembaca sebelum dan sesudahya.
Ini ditonjolkan oleh teori resepsi sastera atau reaksi pembaca yang dianggap
dipelopori oleh Hans Robert Jauss dan Wolfgang Iser (Umar Junus, 1985). Malah,
pembacaan suatu karya oleh seseorang pada dua masa berbeza mungkin melahirkan
interpretasi yang berbeza.
Kelemahan
atau Kekurangan Teori Strukturalisme
Karya sastera diasingkan
dari konteks historis iaitu
dilepaskan dari sejarahnya. Teori Strukturalisme pengkajian maknanya menekankan
pada karya sastera itu sendiri. Makna yang murni dan jujur adalah makna yang
sebenar-benarnya sebuah karya sasetra. Bukan terkait dengan emosi pengarang
ketika menciptakannya atau pembaca dalam memahami keterkaitan ceritanya.
Strukturalisme adalah teori yang model analisisnya secara struktural. Teori formalisme
ini lebih berfokus pada penggunaan bahasa sastera. Bahasa digunakan untuk
berkomunikasi tetapi dalam bidang sastera fungsi bahasa berlainan iaitu untuk
mewujudkan pandangan atau persepsi yang berlainan daripada yang biasa. Namun
hal itu telah menjadikan karya sastera lepas dari hakikatnya. Teori ini
bersifat otonom dalam hal pemaknaannya. Berdiri sendiri tanpa memperhatikan
aspek sosiologis ataupun konteks sosial sejarahnya. Pada hakikatnya sebuah
karya berhubungan dengan karya yang lainnya. Dengan kata lain ada perbandingan
latar belakang sejarah antara teks satu dengan teks yang lain. Menurut Teori
Intertekstual, tidak ada sebuah teks pun
yang sungguh-sungguh mandiri, dalam erti bahawa penciptaan dan pembacaannya
tidak dapat dilakukan tanpa adanya teks-teks lain. (A Teeuw, 1991:145) Karya sastera tidak dapat dilepaskan dari
unsur-unsur yang berada di luar teksnya karana karya sastera bukanlah sesuatu
yang bersifat otonom iaitu keadaan lepas dari lingkungan sosialnya dan
objektif. Pernyataan tersebut telah membuat teori struktural lemah dalam hal
analisisnya.
Kekurangan teori
Strukturalisme seterusnya adalah tidak berusaha menemukan pengarang dan latar
belakang karya sastera. Ada perkembangan strukturalisme dirangsang oleh
formalise Rusia, terutama Vladimir Propp (1972) mengembangkan sistematik kajian
cerita rakyat. Menurutnya, satu cerita terdiri daripada motif-motif yang unsur
utamanya fungsi. Orang akan dapat mempelajari cerita berdasarkan unsur
pembentukannya yang lebih kecil. Tidak seperti formalisme, Seorang seniman
dianggap sebagai ketua atau pembantu teknik.
Mereka cuba mengasaskan satu kepakaran menulis dari perspektif teknikal. Prop
menumpukan kepada cerita rakyat yang sama mitosnya dengan Indian Amerika yagng dikaji oleh Levi Strauss
(1972) yang merupakan tokoh strukturalisme. Orang tidak akan berusaha menemukan
pengarang cerita rakyat kerana memang dianggap tidak dikenali. Cerita rakyat
tidak pernah meletakkan nama pengarang. Malah dianggap tidak ada pengarang dan
milik sesipa sahaja. Hal ini dapat dihubungkan dengan keterangan Fouvault
(1981: 58) tentang banyak wacana yang hidup tanpa pengarang. Suatu cerita yang
dianggap mandiri, bebas daripada pengarang. Kerana itu mereka dapat
mengembangkan sistematik yang membebaskan karya daripada pengarang, yang
mencirikan formalis dan strukturalisme. Orang juga dapat mengabaikan factor
keindahan, kerana unsur utama bukan keindahan, tetapi cerita.
Strukturalisme mengabaikan adanya
pengarang sebagai pemberi makna dan pencetus
idea. Menurut A. Teeuw dalam bukunya yang berjudul Sastra dan Ilmu Sastra menyatakan bahwa
analisis struktural bertujuan untuk membongkar dan memaparkan unsur-unsur dalam
teks secara keseluruhan agar mendapatkan makna yang menyeluruh. (1991:135)
Berdasarkan pernyataan tersebut, strukturalisme merungkai satu per satu
unsur-unsur yang membangunkan karya sastera tersebut. Unsur-unsur tersebut
kemudian dihubungkan sehingga memperoleh makna yang jelas. Strukturalisme tidak
memandang pengarang dan pembaca sebagai pemberi makna sebuah karya sastera.
Malah, menurut strukturalisme, karya sastra bukan merupakan ungkapan batin
seorang pengarang atau suatu bentuk penerimaan pembaca. Karya sastra merupakan
satu struktur yang bermakna yang membangun dirinya sendiri dengan mengabaikan
pengarang sebagai pemberi makna. cara
makna yang ingin disampaikan oleh pengarang lebih penting daripada apa yang ingin
disampaikan. Pendekatan ini menganggap pengarang tidak berkuasa menentukan
mesej yang disampaikan oleh karyanya kerana kuasa pemaknaan terletak pada
sistem universal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan