Isnin, 25 April 2016

Discovery Bukit Kokol

BUKIT KOKOL
oleh: Ili Sazwani



Kedudukan Bukit Kokol yang terletak pada ketinggian puncak 2500 kaki (830 meter) dari paras laut dan memiliki kesegaran angin yang sejuk sekaligus menennagkan hiwa para pelancong pada waktu-waktu tertentu.

Lokasi Bukit Kokol dari bandar Kota Kinabalu adalah 32.5 kilometer. Suhu adalah dalam keadaan  sejuk iaitu 26~C . Suhu di bukit tersebut juga terlalu sejuk teruamanya pada waktu malam. Sepanjang perjalanan menaiki untuk sampai ke atas bukit, para pelancong dapat menikmati keindahan panorama dan kehijauan alam. Para pelancong juga dapat melihat keindahan Gunung Kinabalu dan gunung.

Perjalanan ke puncak Bukit Kokol mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Menggatal manakala perjalanan ke bukit ini juga boleh melalui Kiansom dan Kiulu.

Kemudahan seperti resort juga boleh didapati sepanjang perjalanan menuju ke puncak bukit. Antara resort yang terdapat di situ ialah Kasih Sayang Resort, Grace View Lodge dan beberapa lagi. Resort-resort ini juga dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk para pengunjung seperti kemudahan café, wifi dan turut tidak ketinggalan pemandangan yang cantik buat tatapan pengunjung mengabadikan gambar mereka sepanjang percutian di Bukit Kokol.

Pengunjung juga dapat merasai kenikmati menghirup udara segar pada waktu pagi khususnya dengan menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam dari atas puncak bukit. Suasana hijau sekeliling mampu memberi ketenangan yang maksima selain dapat melihat pemandangan bandar Kota Kinabalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan