Isnin, 14 Mac 2016

Tun Kudu Serikandi Melayu: SUDUT PANDANGAN ZURINAH HASSAN

Oleh: Hani Najwa Radzi

Zurinah Hassan

Salasilah adalah sekumpulan puisi dengan tema yang terarah. Ianya merupakan sebuah rakaman perjalanan kita sebagai bangsa Melayu yang telah menemui pelbagai peristiwa. Puisi-puisi Salasilah adalah berupa catatan rasa dan pancaran minda daripada Zurinah Hassan terharu terhadap segala peristiwa yang berlaku pada sejarah Melayu. Zurinah Hassan adalah penulis yang pertama menggunakan ayat-ayat prosa di dalam puisi.

Zurinah Hassan menggunakan teks Sejarah Melayu, pelbagai cerita rakyat dan cerita jenaka untuk dijadikan bahan utama untuk menghasilkan puisi-puisi yang indah dalam Salasilah. Dalam meneliti susur galur kerajaan dan kesultanan Melayu, banyak berlaku kisah yang mencetuskan pelbagai teori dan perspektif baharu oleh Zurinah Hassan. Antara puisi yang ingin diketengahkan pada kali ini ialah Episod Tun Kudu dan Setelah Mengahwini Tun Ali. Tema dan persoalan yang diketengahkan dalam puisi-puisi ini adalah berkisar tentang keperempuanan yag dicetuskan melalui watak Tun Kudu.

Tema Episod Tun Kudu
Tema yang sangat jelas dalam Episod Tun Teja wanita sebagai asas kegemilangan sebuah Negara. Tema ini jelas kelihatan melalui watak Tun Kudu yang terpaksa menjadi bahan pertukaran Sultan dan bendahara. Tun Teja rela berkorban cintanya kepada Sultan demi menyelesaikan masalah yang berlaku antara pembesar Melaka. Dengan perkahwinan Tun Kudu dan Tun Ali, perbalahan dapat diselesaikan secara aman. Hal ini jelas sekali menampakkan pengorbanan cinta seorang wanita itu sangat besar ertinya. Jika Tun Kudu tidak membantu menyelesaikan masalah antara pembesar Melaka, pasti zaman Kegemilangn Melaka tidak akan wujud. Maka, Tun Kudu merupakan tulang belakang bagi membangunkan dan mengharmonikan sesebuah Negara.

Tema Setelah Mengahwini Tun Ali
Tema yang menjadi tulang belakang puisi Setelah Mengahwini Tun Ali ini adalah wanita sebagai penasihat dalam institusi kekeluargaan dan Negara. Setelah mengahwini Tun Ali barulah Tun Kudu mengerti bahawa pengorbanannya menjadi isteri ben-dahara itu tidak sia-sia malah telah mendamaikan dua buah puak. Dengan menjadi isteri Tun Ali, Tun Kudu berjaya menjadi isteri yang sangat berbakti pada kepada suami. Dia mula sedar menjadi permaisuri raja bukanlah menjamin kebahagiaan. Hal yang menunjukkan Tun Kudu sebagai penasihat dalam institusi kekeluargaan ialah beliau berjaya mendidik anak-anaknya menjadi pemimpin yang berjaya dan menjadi orang besar-besar Melaka. Anak-anaknya ialah Tun Tahir sebagai Penghulu Bendahari dan Tun Mutahir sebagai Bendahara Seri Maharaja yang bijaksana.

PERSOALAN BERKAIT MELALUI WATAK

1.      Wanita Sebagai Trofi bagi Lelaki

Tun Kudu

Zurinah mengungkapkan Tun Kudu sebagai trofi kepada lelaki kerana kesanggupan Sultan Muzzafar menyerahkan isteri kepada Tun Ali semata-semata untuk mnyelesaikan perbalahan antara dua puak pembesar. Setelah Sultan Muzzafar memberikan isterinya kepada Tun Ali, ternyata semua masalah tersebut telah selesai.
Ini dapat dibuktikan dalam Syair Episod Tun Kudu melalui petikan dibawah:-

Sultan Muzaffar dan Tun Ali
mencari persetujuan
dimeja rundingan
dengan semangat kelelakian
bertukar habuan kedudukan
bertukar barangan
yang bernama seorang perempuan

2.  Peranan Penting Wanita dalam Menyelesaikan Masalah Ekonomi, Sosial dan Politik

Feminis, khususnya masalah-masalah mengenai wanita pada umumnya dikaitkan dengan emansipasi iaitu gerakan wanita untuk menuntut persamaan hak dengan kaum laki-laki, baik dalam bidang sosial dan ekonomi pada umumnya. Maka, hal ini jelas kelihatan peranan wanita iaitu Tun Kudu yang berjaya mendidik anakanya menjadi orang yang berguna. Tun Kudu bukan sahaja dapat mendidik anak dari segi sosial malah kebijaksanaan beliau mendidik anak juga penyumbang kepada ekonomi. Hal ini terbukti di dalam sejarah Melayu apabila anak Tun Kudu menjadi orang-orang besar Melaka, Negara itu mencapai puncak kegemilangan. Oleh itu tidak dinafikan lagi bahawa didikan seorang wanita sungguh luar biasa.

Ini dapat dibuktikan dalam Syair Setelah Mengahwini Tun Ali melalui petikan dibawah:-

Setelah mengahwini Tun Ali
Ikatan diberkati
Lahirlah putera-putera
Yang setelah dewasa
Menjadi orang-orang besar Melaka
Tun Tahir Penghulu Bendahari
Dan Tun Mutahir bergelar Bendahara Seri Maharaja
Yang terkenal bijaksana.

Selain berjaya mendidik anak, Tun Kudu telah berjaya meleraikan dan menyelesaikan masalah yang berlaku di antara pembesar Melaka semasa beliau masih menjadi isteri Sultan. Perkahwinannya dengan Tun Ali dapat menyelamatkan Melaka daripada tercetusnya peperangan. Hal ini menunjukkan Tun Kudu berjaya menyelesaikan masalah politik yang tidak akan mampu dilakukan oleh lelaki.. Hal ini terbukti bahawa Zurinah ingin mengangkat martabat seorang wanita yang sememangnya tonggak kegemilangan Melaka.

Ini dapat dibuktikan dalam Syair Setelah Mengahwini Tun Ali melalui petikan dibawah:-

Setelah mengahwini Tun Ali
Tun Kudu mengenanag-ngenang
Ditimbang dengan tenang
Mereka semuannya menang.

3.     Penyindiran Terhadap Lelaki

Tun Ali

Dalam Syair Episod Tun Kudu jelas sekali Zurinah ingin mengkritik watak Tun Ali yang tua tidak sedar diri. Tun Ali seharusnya tidak wajar meminta isteri Sultan untuk dijadikan isterinya kerana faktor umurnya yang sudah tua. Penyair juga ingin mengatakan bahawa lelaki melalui wa-tak Tun Ali yang sudah tua itu masih menginginkan keperluan batinnya dipenuhi. Hal ini tidak sewajarnya dicontohi.

Ini dapat dibuktikan dalam petikan di bawah:-

Tun Ali yang tua dan terluka
Enggan mengalah pada usia
Meminta perempuan di kamar Sultan
Sebagai ganjaran persaraan
Syarat meletak jawatan.


Berdasarkan watak Tun Kudu iaitu sebagai wanita sejarah, Zurinah menggesa pembaca membuat perbandingan tentang kedudukan wanita dalam masyarakat yang diam dan selalu dijadikan mangsa kepada keadaan. Namun, di sebalik segala penganiayaan yang diterima oleh watak wanita, penyair mempuyai maksud yang tersirat dengan mengemukan pelbangai persoalan tentang feminisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan