Pola cara menjahit Halfmoon
Tesis Tebal
Selasa, 28 Jun 2016
Jumaat, 3 Jun 2016
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Sepak Raga
Permainan sepak raga telah
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan
oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya
dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah
dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya
sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau
Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh
kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya
ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau
ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Congkak
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi
tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak
dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana
yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan
adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan
congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak
pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau
dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan,
nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain
duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan
serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan
diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya
buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di
dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan
hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama,
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung
yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak
lawan mengaku kalah.
Rabu, 1 Jun 2016
HARI SUKAN NEGARA
Latar belakang
• YAB Perdana Menteri mengisytiharkan hari Sabtu pertama bulan November setiap tahun akan dianggap sebagai Hari Sukan Negara.
• Hari Sukan Negara pada asalnya telah ditetapkan pada 7 November 2015 tetapi kini telah dipinda atas isu banjir & musim hujan.
• Tarikh sambutan Hari Sukan Negara kini ditukar kepada setiap hari Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober (10 Oktober 2015), memandangkan tiada sebarang perayaan di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
• Hari Sukan Negara ialah agenda nasional untuk menuju wawasan 2020 dengan melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat dan dapat meningkatkan produktiviti rakyat.
• Peningkatan penyertaan daripada masyarakat untuk terlibat di dalam program dan aktiviti sukan pada Hari Sukan Negara.
• Hari Sukan Negara merupakan kemuncak kepada acara Fit Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara.
• Pelancaran Hari Sukan Negara telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015 yang lalu bertempat di Perkarangan Pusat Membeli Belah Pavilion bersempena dengan 200 hari ke arah Hari Sukan Negara.
2. Objektif
Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan (kerajaan) bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup mereka demi mencapai perkara yang berikut :
i. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
ii. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
iii. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
iv. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
v. Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
3. Sasaran
a) Sasaran jumlah penyertaan
Sasaran penyertaan adalah seramai 3 juta orang
b) Sasaran penglibatan
i. Peringkat Kebangsaan
ii. Peringkat Negeri
iii. Peringkat Daerah
iv. Peringkat Parlimen
v. Peringkat JKKK / JKKK (P)
c) Kumpulan sasar
i. Keluarga dan kanak-kanak
ii. Wanita
iii. Orang kurang upaya
iv. Belia
v. Warga emas
d) Kawasan sasaran
i. Kampung
ii. Kawasan perumahan
iii. Institusi pendidikan
iv. Tempat kerja
v. Pusat kecergasan
vi. Pusat kesihatan
4. Rakan Kongsi
a) Kementerian-kementerian
b) Jabatan / agensi / badan berkanun kerajaan
c) GLC
d) Kerajaan negeri
e) Pihak Berkuasa Tempatan
f) Syarikat korporat / swasta
5. Pelaksanaan aktiviti
• Aktiviti adalah berlandaskan Prinsip 3M (mudah, murah dan menarik)
• Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah pertandingan, pertunjukan demo dan sesi mencuba.
• Aktiviti boleh dijalankan serentak di tempat yang sama atau di tempat yang berlainan.
6. Pengisian Program/Aktiviti
Antara pengisian aktiviti di sepanjang sambutan Hari Sukan Negara adalah program Sukan, Rekreasi dan Kecergasan berbentuk pertandingan, pertunjukan dan riadah
Maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Sekretariat Hari Sukan Negara di Peringkat Negeri dan juga boleh dilayari di laman sesawang harisukannegara.my
7. Aktiviti Sampingan
• Jualan murah barangan sukan dan produk kesihatan di pusat membeli-belah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tarikh 19 September sehingga 18 Oktober 2015 melibatkan peruncit seperti berikut:
i. Adidas
ii. Under Armour
iii. New balance
iv. Reebok
v. Asics
vi. Garmin
vii. World of Sport
viii. Explorer Outfitter
ix. Al-Ikhsan
x. United Fitness and Lifestyle
8.Kesimpulan
Sambutan Hari Sukan Negara ini di harap menjadi sebagai satu medium untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan mahupun program yang berkaitan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (Sporting Nation).
KAYUHAN TONJOLKAN SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA
Semangat patriotik yangditonjolkan kira-kira 10,000 peserta dalam
program Kayuhan Patriotik @ Putrajaya bersama Perdana Menteri memberi gambaran bahawa rakyat
negara ini masih sayangkan keamanan dan menolak semua bentuk keganasan serta perbuatan yang boleh
menganggu gugat kestabilan negara.
Inisiatif yang dimulakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan disokong Perbadanan Putrajaya serta
pihak-pihak lain melaksanakan program kayuhan santai ini membolehkan pemimpin negara bersama-sama
rakyat beriadah sambil menikmati keindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang perlu diterokai
ramai.
Dua laluan disediakan bagi kayuhan ini iaitu sejauh 12.5 kilometer membabitkan orang kenamaan termasuk
Perdana Menteri , Timbalannya serta menteri-menteri kabinet dan 22 kilometer bagi mereka yang gemarkan
kepada cabaran.
Kayuhan yang mencatatkan rekod penyertaan yang paling ramai ini mula dirasai sejak awal pagi apabila
peserta sama secara individu mahupun berkumpulan bagi membuat pendaftaran. Hujan lebat yang turun
pada sebelah tengaharinya tidak menghalang peserta untuk terus berkumpul bagi memulakan kayuhan.
Pelepasan dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Suasana menjadi agak sesak
apabila peserta mula berbaris untuk melalui laluan di pinggir tasik Putrajaya mengeliling pulau yang
membentuk sebahagian Bandar Putrajaya ini. Keindahan panorama dengan keindahan tasik, bangunanbangunan
pejabat serta kawasan perumahan yang tersusun menghilangkan rasa penat peserta.
Perdana Menteri dan semua peserta berjaya menamatkan kayuhan yang berkahir di hadapan Istana
Kehakiman, Presint 3 di sini walaupun cuba menyembunyikan kepenatan dengan senyuman serta lamabaian
tanganya kepada mereka yang berada di garisan penamat itu.
Konsep “ Sihat dan Gergas” yang diterapkan melalui program ini bakal menjadikan sukan berbasikal sebagai
pilihan terbaik untuk beriadah kerana ianya murah, mudah dan boleh melibatkan semua peringkat usia.
Usaha Perbadanan Putrajaya menyediakan lalaluan basikal membolehkan peminat sukan berbasikal
tempatan dan sekitar menjadikan bandar “ Mesra Belia” ini sebagai destinasi pilihan utama untuk berkayuh sama ada sevara individu mahupun berkumpulan.
SUKAN DAN REKREASI
Sukan merupakan segala aktiviti atau kegiatan yang memerlukan
ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak,
berenang, tenis, lumba lari, badminton dan sebagainya. Sukan dilakukan
sebagai acara hiburan iaitu sama ada untuk tujuan pertandingan mahupun
kegiatan untuk menyihatkan badan. Manakala senaman adalah merupakan
latihan gerak badan.
Rekreasi pula adalah suatu kegiatan yang menyeronokkan yang boleh
menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan kiran. Sebagai
contoh aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan
jungle tracking.
Kajian penglibatan belia dan masyarakat dalam sukan telah dilaksanakan
ke atas 3,545 orang yang berumur 15 tahun hingga 60 tahun ke atas
di seluruh Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa peratus
masyarakat dewasa Malaysia yang aktif melakukan aktiviti fizikal
dalam seminggu adalah rendah secara keseluruhan iaitu sebanyak
34%. Selain itu, hanya 22% masyarakat belia remaja aktif melakukan
aktiviti fizikal.
Antara lain, dapatan kajian mendapati motif utama golongan
remaja bersukan adalah kerana didorong oleh faktor penguasaan
kemahiran, sementara penduduk dewasa banyak didorong oleh motif
penguasaan kemahiran dan intelektual
Masa Bersukan di Kalangan Belia dan Masyarakat
Kategori Kategori Umur
Lelaki
(minit seminggu/
min)
Perempuan
(minit seminggu/
min)
Belia
15-18 tahun 283 155
19-22 tahun 235 115
23-27 tahun 184 104
28-33 tahun 171 119
34-40 tahun 168 128
Bukan Belia
41-45 tahun 175 123
46-60 tahun 162 109
60 tahun 103 77
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati daripada 1,821 responden lelaki,
sebanyak 29.9% berminat dengan sukan bola sepak, 15% berminat dalam sukan
badminton, sebanyak 5.2% berminat dengan aktiviti futsal dan sebanyak 4.8%
berminat dengan aktiviti joging.
Selain itu, golongan lelaki juga meminati sukan sepak takraw (3.9%), bola keranjang
(3.3%), ping pong 2%, renang 2%, ragbi 1.6%, bola tampar 1.5%, lain-lain aktiviti sukan
14.1% dan sebanyak 16.7% tidak menyatakan jenis aktiviti sukan yang diminati.
Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas aktiviti sukan yang paling diminati,
didapati daripada 1,724 responden perempuan, sebanyak 25.3% berminat dengan
sukan badminton, sebanyak 10.2% berminat dengan bola jaring, sebanyak 6.8%
berminat dengan aktiviti jogging, sebanyak 4.2% berminat dengan aktiviti renang.
Selain itu sebanyak 3.8% berminat dengan sukan bola tampar, sebanyak 2.9%
berminat dengan aktiviti senamrobik, 2.3% berminat dengan aktiviti futsal, sebanyak
2.2% berminat dengan aktiviti berbasikal, 2.1% berminat dengan bowling, 1.8%
berminat dengan olahraga dan 13% lain-lain aktiviti sukan. Manakala selebihnya
sebanyak 25.4% tidak menyatakan aktiviti sukan yang mana paling diminati.
Dapatan ini diperolehi melalui analisa yang dijalankan ke atas golongan
dewasa seramai 3,081 orang iaitu yang berumur 19 hingga 60 tahun
berhubung motif bersukan di kalangan masyarakat dewasa.
Selasa, 31 Mei 2016
PESTA KUBIS DI KUNDASANG
PESTA KUBIS DI KUNDASANG
OLEH : ILI SAZWANI YAHAYA
OLEH : ILI SAZWANI YAHAYA
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Antara pekan kecil yang terdapat di sekitar Kundasang ialah Pekan Kundasang, Lembah Permai, Cinta Mata, Kauluan, Masilou, Menteki, Desa Aman, Bundu Tuhan dan lain-lain.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun,Sungai, Bajau, Melayu, dan Cina.
Gambar di atas menunjukkan pemandangan dan suasana Pekan Kundasang yang nyaman dan kaya dengan tanaman sayur-sayuran segar.
Oleh hal yang demikian, pesta tahunan iaitu Pesta Kubis yang julung-julung kali diadakan ini sangat meriah hinggakan Pekan Kundasang kehabisan tempat letak kereta. kesesakannya penuh sehingga ada pengunjung yang terpaksa memusing 2-3 kali mencari tempat letak kereta. Pesta ini sesuai dengan namanya adalah untuk mempromosikan pekan Kundasang yang terkenal dengan sayur-sayurannya terutamanya kubis.
Pelbagai jenis sayuran segar dijual di kaki bukit Kundasang dengan harga yang murah.
Selain daripada gerai-gerai menjual sayur, terdapat juga gerai-gerai jualan yang lain. Dari insuran hingga lah bebola ayam. Tidak dilupakan gerai-gerai badan kerajaan yang mebuat aktiviti untuk para pengunjung. Pesta diserikan dengan persembahan-persembahan kebudayaan disiang hari.
Kemeriahan Pesta Kubis yang diadakan setiap tahun di Kundasang menjadi tarikan pelancong asing.
REGATTA LEPA-LEPA DI SEMPORNA
REGATTA LEPA-LEPA
OLEH : ILI SAZWANI YAHAYA
Setiap Tahun masyarakat di dearah Semporna akan menyambut satu perayaan yang di perkenalkan oleh masyarakat bajau Semporna yang dikenali sebagai Regatta lepa mula di perkenalkan untuk mengkitirkaf kebolehan masyarakat bajau dalam pembuatan Lepa-lepa dan pada tahun yang sebelumnya Regatta Lepa-Lepa mula disambut secara besar-besaran pada tahun 1999.
Regatta Lepa-Lepa semakin meriah sambutannya. ketika itu, panji-panji atau bendera pesta Regatta Lepa menghiasi jalan-jalan utama di Semporna. Sembulayang dan juga di dan juga di kibarkan sebagai lambang kemegahan dan perpaduan masyarakat bajau di Semporna. Pelbagai aktiviti yang di anjurkan sepanjang pesta ini yang berlangsung selama dua hari. hari yang pertama sebagai pembukaan. hari yang kedua akan mempertindingkan pelbagai aktiviti antara pertindingan Lepa cantil, Tarian Igal-Igal dan pelbagai kegiatan lain. Peringkat akhir untuk menobatkan gelaran ratu Lepa di kalangan perserta yang terdiri pada kaum bajau sahaja. Hadiah lumayan akan di berikan kepada pemanangnya. Susana sambutan Regatta Lepa akan bertambah meriah lagi pada upacara penutupan yang di adakan pada waktu malam yang bertempat di padang bola sepak dearah Semporna.
Kehadiran orang-orang kenamaan, artis jumputan dan Tarian Igal-Igal daripada menambahkab lagi kemeriahan Regatta Lepa Semporna. Pelbagai lapisan masyarakat terut menyakinkan sama ada didalam mahupun di luar lingkungan dearah Semporna. Sambutan Regatta Lepa Semporna terut mendapat sembutan daripada negara sekaligus manarik pelancong asing ke dearah Semporna.
perahu lepa-lepa yang dihias cantik di Semporna.
Langgan:
Catatan (Atom)