Tun Kudu Serikandi Melayu: SUDUT PANDANGAN ZURINAH HASSAN
Oleh:
Hani Najwa Radzi
Zurinah Hassan
Salasilah adalah sekumpulan puisi dengan tema yang
terarah. Ianya merupakan sebuah rakaman perjalanan kita sebagai bangsa Melayu
yang telah menemui pelbagai peristiwa. Puisi-puisi Salasilah adalah berupa catatan
rasa dan pancaran minda daripada Zurinah Hassan terharu terhadap segala
peristiwa yang berlaku pada sejarah Melayu. Zurinah Hassan adalah penulis yang
pertama menggunakan ayat-ayat prosa di dalam puisi.
Zurinah Hassan menggunakan teks Sejarah
Melayu, pelbagai cerita rakyat dan cerita jenaka untuk dijadikan bahan utama
untuk menghasilkan puisi-puisi yang indah dalam Salasilah. Dalam meneliti susur
galur kerajaan dan kesultanan Melayu, banyak berlaku kisah yang mencetuskan
pelbagai teori dan perspektif baharu oleh Zurinah Hassan. Antara puisi yang
ingin diketengahkan pada kali ini ialah Episod Tun Kudu dan Setelah Mengahwini
Tun Ali. Tema dan persoalan yang diketengahkan dalam puisi-puisi ini adalah
berkisar tentang keperempuanan yag dicetuskan melalui watak Tun Kudu.
Tema Episod Tun Kudu
Tema
yang sangat jelas dalam Episod Tun Teja wanita sebagai asas kegemilangan sebuah
Negara. Tema ini jelas kelihatan melalui watak Tun Kudu yang terpaksa menjadi
bahan pertukaran Sultan dan bendahara. Tun Teja rela berkorban cintanya kepada
Sultan demi menyelesaikan masalah yang berlaku antara pembesar Melaka. Dengan
perkahwinan Tun Kudu dan Tun Ali, perbalahan dapat diselesaikan secara aman.
Hal ini jelas sekali menampakkan pengorbanan cinta seorang wanita itu sangat
besar ertinya. Jika Tun Kudu tidak membantu menyelesaikan masalah antara
pembesar Melaka, pasti zaman Kegemilangn Melaka tidak akan wujud. Maka, Tun
Kudu merupakan tulang belakang bagi membangunkan dan mengharmonikan sesebuah
Negara.
Tema Setelah Mengahwini Tun Ali
Tema
yang menjadi tulang belakang puisi Setelah Mengahwini Tun Ali ini adalah wanita
sebagai penasihat dalam institusi kekeluargaan dan Negara. Setelah mengahwini
Tun Ali barulah Tun Kudu mengerti bahawa pengorbanannya menjadi isteri
ben-dahara itu tidak sia-sia malah telah mendamaikan dua buah puak. Dengan
menjadi isteri Tun Ali, Tun Kudu berjaya menjadi isteri yang sangat berbakti
pada kepada suami. Dia mula sedar menjadi permaisuri raja bukanlah menjamin
kebahagiaan. Hal yang menunjukkan Tun Kudu sebagai penasihat dalam institusi
kekeluargaan ialah beliau berjaya mendidik anak-anaknya menjadi pemimpin yang
berjaya dan menjadi orang besar-besar Melaka. Anak-anaknya ialah Tun Tahir
sebagai Penghulu Bendahari dan Tun Mutahir sebagai Bendahara Seri Maharaja yang
bijaksana.
PERSOALAN BERKAIT MELALUI
WATAK
1. Wanita
Sebagai Trofi bagi Lelaki
Tun
Kudu
Zurinah
mengungkapkan Tun Kudu sebagai trofi kepada lelaki kerana kesanggupan Sultan
Muzzafar menyerahkan isteri kepada Tun Ali semata-semata untuk mnyelesaikan perbalahan
antara dua puak pembesar. Setelah Sultan Muzzafar memberikan isterinya kepada
Tun Ali, ternyata semua masalah tersebut telah selesai.
Ini
dapat dibuktikan dalam Syair Episod Tun Kudu melalui petikan dibawah:-
Sultan Muzaffar dan Tun Ali
mencari persetujuan
dimeja rundingan
dengan semangat kelelakian
bertukar habuan kedudukan
bertukar barangan
yang bernama seorang
perempuan
2. Peranan
Penting Wanita dalam Menyelesaikan Masalah Ekonomi, Sosial dan Politik
Feminis,
khususnya masalah-masalah mengenai wanita pada umumnya dikaitkan dengan emansipasi
iaitu gerakan wanita untuk menuntut persamaan hak dengan kaum laki-laki, baik
dalam bidang sosial dan ekonomi pada umumnya. Maka, hal ini jelas kelihatan
peranan wanita iaitu Tun Kudu yang berjaya mendidik anakanya menjadi orang yang
berguna. Tun Kudu bukan sahaja dapat mendidik anak dari segi sosial malah kebijaksanaan
beliau mendidik anak juga penyumbang kepada ekonomi. Hal ini terbukti di dalam
sejarah Melayu apabila anak Tun Kudu menjadi orang-orang besar Melaka, Negara
itu mencapai puncak kegemilangan. Oleh itu tidak dinafikan lagi bahawa didikan
seorang wanita sungguh luar biasa.
Ini dapat dibuktikan dalam Syair Setelah
Mengahwini Tun Ali melalui petikan dibawah:-
Setelah mengahwini Tun Ali
Ikatan diberkati
Lahirlah putera-putera
Yang setelah dewasa
Menjadi orang-orang besar
Melaka
Tun Tahir Penghulu
Bendahari
Dan Tun Mutahir bergelar
Bendahara Seri Maharaja
Yang terkenal bijaksana.
Selain berjaya mendidik anak, Tun Kudu
telah berjaya meleraikan dan menyelesaikan masalah yang berlaku di antara
pembesar Melaka semasa beliau masih menjadi isteri Sultan. Perkahwinannya
dengan Tun Ali dapat menyelamatkan Melaka daripada tercetusnya peperangan. Hal
ini menunjukkan Tun Kudu berjaya menyelesaikan masalah politik yang tidak akan
mampu dilakukan oleh lelaki.. Hal ini terbukti bahawa Zurinah ingin mengangkat
martabat seorang wanita yang sememangnya tonggak kegemilangan Melaka.
Ini dapat dibuktikan dalam Syair Setelah
Mengahwini Tun Ali melalui petikan dibawah:-
Setelah mengahwini Tun Ali
Tun Kudu mengenanag-ngenang
Ditimbang dengan tenang
Mereka semuannya menang.
3. Penyindiran
Terhadap Lelaki
Tun
Ali
Dalam
Syair Episod Tun Kudu jelas sekali Zurinah ingin mengkritik watak Tun Ali yang
tua tidak sedar diri. Tun Ali seharusnya tidak wajar meminta isteri Sultan
untuk dijadikan isterinya kerana faktor umurnya yang sudah tua. Penyair juga
ingin mengatakan bahawa lelaki melalui wa-tak Tun Ali yang sudah tua itu masih
menginginkan keperluan batinnya dipenuhi. Hal ini tidak sewajarnya dicontohi.
Ini dapat dibuktikan dalam petikan di
bawah:-
Tun Ali yang tua dan
terluka
Enggan mengalah pada usia
Meminta perempuan di kamar
Sultan
Sebagai ganjaran persaraan
Syarat meletak jawatan.
Berdasarkan watak Tun Kudu iaitu sebagai
wanita sejarah, Zurinah menggesa pembaca membuat perbandingan tentang kedudukan
wanita dalam masyarakat yang diam dan selalu dijadikan mangsa kepada keadaan.
Namun, di sebalik segala penganiayaan yang diterima oleh watak wanita, penyair
mempuyai maksud yang tersirat dengan mengemukan pelbangai persoalan tentang
feminisme.